36
•
Keluarkan alatan dan letakkan di atas permukaan yang kukuh dan stabil.
• Kami mengesyorkan anda mencuci semua bahagian yang boleh dibuka (A, C, D, E, G, M) di dalam air panas
b
ersabun (Rujuk Mencuci dan Menyelenggara). Bilas dan keringkan dengan berhati-hati.
• Pastikan semua pembungkus telah dikeluarkan sebelum menggunakan alatan.
• Letakkan pengumpul jus (E) di atas corong penolak (K) (lihat Rajah 1).
• Letakkan penapis (D) ke dalam pengumpul jus (E). Pastikan penapis diklip dengan tepat ke dalam slot (lihat Rajah 2)
• Klik pengepit keselamatan (H) di atas penutup (C) (lihat Rajah 3)
•
Gerakkan penolak (A) ke dalam tiub penolak (B), aturkan penghujung penolak dengan tuib peryalur.
•
Letakkan jug jus (M) di bawah pipa pencurah (F) di depan alatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4. Pengasing
buih membolehkan anda mengasingkan buih di dalam pengumpul semasa menuang jus ke dalam gelas (lihat Rajah 5)
• Plugkan alatan. Anda boleh menggunakan storan wayar untuk mengubahsuai kepanjangan wayar (lihat Rajah 6).
• Mulakan alatan dengan menggunakan suis Buka/Tutup (I).
• Pilih kelajuan (J) yang sesuai: 2 untuk nenas dan lobak merah; 1 untuk buah-buahan dan sayur-sayuran lain. Kualiti
dan kuantiti jus bergantung kepada tarikh dipetik dan jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.
• Pemilihan kelajuan yang salah boleh menyebabkan getaran yang tidak normal terhadap alatan.
• Masukkan buah-buahan atau sayur-sayuran melalui tiub penyalur (B).
• Buah-buahan dan sayur-sayuran hendaklah dimasukkan ketika motor sedang bergerak.
• Jangan menekan penolak (B) dengan terlalu kuat. Jangan gunakan perkakas lain. JANGAN tolak menggunakan jari.
• Bila sudah selesai, hentikan alatan, tolak suis Buka/Tutup (I) ke 0 dan tunggu sehingga penapis (D) berhenti
bergerak. Buka pengepit keselamatan (H).
• Apabila pengumpul pulpa (G) telah penuh, atau aliran jus semakin perlahan, kosongkan pengumpul pulpa dan
bersihkan penapis.
• Basuh buah-buahan dengan cermat sebelum mengupas kulit.
• Anda tidak perlu membuang atau mengupas kulit buah-buahan. Anda hanya perlu mengupas buah-buahan
yang berkulit tebal (dan pahit): Buah-buahan sitrus, nenas (buangkan tangkai).
• Sesetengah jenis epal, pear, tomato dan sebagainya boleh dimasukkan sepenuhnya ke dalam tiub penyalur
(Diameter maksimum 74.5mm), oleh itu pilih saiz buah-buahan dan sayur-sayuran yang sesuai.
• Adalah rumit untuk mengekstrak jus daripada pisang, avocado, beri hitam, buah tin, terung dan strawberi.
• Alatan tidak sepatutnya digunakan untuk tebu dan buah-buahan yang sangat keras atau berserabut tinggi.
• Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dan masak untuk menghasilkan lebih banyak jus. Alatan ini
sesuai untuk buah-buahan seperti epal, pear, oren, anggur, delima dan nenas; untuk sayur-sayuran seperti lobak
merah, timun, tomato, ubi beet dan seleri.
• Jika and memerah buah yang terlebih masak, penapis akan tersumbat dengan lebih cepat.
• Penting: Jus hendaklah digunakan serta-merta. Pendedahan kepada udara akan mengoksidakan jus dengan cepat
di mana ia akan mengubah rasa, warna dan nilai nutrisi. Jus epal dan pear akan bertukar warna kecoklatan dengan
cepat. Tambah beberapa titik jus lemon untuk memperlahankan penyahwarnaan.
• Tanggalkan alatan daripada plug sebelum mencuci.
• Semua bahagian yang boleh dibuka (A,D,E,G,L,M) boleh dicuci di dalam mesin pembasuh pinggan.
Jangan masukkan penutup (C) ke dalam mesin pembasuh pinggan.
• Alatan ini mudah dicuci segera selepas digunakan.
• Jangan gunakan pad penyental, cuka, alcohol (spirit) dan sebagainya untuk mencuci alatan.
• Penapis perlu digunakan dengan baik. Elakkan penyalahgunaan yang boleh merosakkan kerana ia akan mengubah
prestasi alatan. Penapis boleh dicuci dengan bantuan berus (N). Tukar penapis sekiranya ia menunjukkan tanda-
tanda lusuh atau rosak. Jangan gunakan bahan peluntur atau pad penyental.
• Lap unit motor dengan kain lembab. Keringkan dengan berhati-hati.
• Jangan letakkan unit motor di bawah air yang mengalir.
PENCUCIAN DAN PENYELEGGARAAN
NASIHAT BERGUNA
MENGGUNAKAN ALATAN
SEBELUM PENGGUNAAN
Moulinex Ajaccio-MAL.qxd 26/05/08 15:35 Page 36