49
Fungsi « Preset » (Praset)
• Sewaktu proses praset masa, anda boleh menekan kekunci
« WARM/CANCEL » (HANGAT/BATAL) untuk membatalkan
semua ketetapan dan pulang ke status sedia.
• Bagi setiap tekanan « + » dan « - », masa akan ditambah atau
dikurangkan selama satu jam.
• Anda boleh praset masa memasak kepada maksima 15 jam.
• Masa praset ialah apabila proses memasak telah selesai.
(termasuk waktu memasak).
Fungsi « Warm/Cancel » (Hangat /Batal)
• Tekan kekunci « Warm/cancel » (Hangat/batal) semasa
status sedia dan periuk nasi secara automatik akan
menghidupkan status « keep warm » (kekal hangat). Kekunci
« WARM/cancel » (Hangat/batal) akan menyala. Skrin LED
akan paparkan « b ».
• Masa maksima untuk menghangat ialah 24 jam dan
peralatan akan secara automatik membatalkan
menghangat selepas masa maksima 24 jam dan memasuki
status sedia.
• Semua kekunci lain tidak berguna ketika periuk masak
berada pada status « keep warm » (menghangat). Untuk
memproses operasi lain, pengguna perlu menekan kekunci
« WARM/cancel » (HANGAT/batal) untuk membatalkan
arahan asal dan pulang ke status sedia.
• Jika tidak perlu menghangat setelah memasak, tekan
kekunci « KEEP WARM/CANCEL » (HANGAT/BATAL) untuk
membatalkan menghangat, tanggalkan kord kuasa dari
saluran kuasa dan kemudian dari soket pada bahagian
bawah periuk nasi dan keluarkan makanan dari periuk
bahagian dalam.
Setelah selesai memasak
• Buka penutup – Fig.1.
• Sarung tangan mesti digunakan apabila memanipulasi
mangkuk masakan dan dulang kukus
– Fig.12.
• Hidangkan makanan dengan menggunakan senduk plastik
yang dibekalkan bersama-sama dengan peralatan dan tutup
semula penutup.
• Baki makanan yang berada di dalam mangkuk akan kekal
panas untuk hidangan kedua dalam tempoh 24 jam.
• Tekan kekunci « KEEP WARM/CANCEL » (HANGAT/BATAL) untuk
membatalkan fungsi Hangat.
• Tanggalkan peralatan.
Jangan gunakan fungsi
« Hangat » untuk
memanaskan semula
makanan sejuk.
Rice Cooker Fuzy Electronic_Mise en page 1 17/08/11 07:47 Page49