30
• Peralatan ini bukan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
keupayaan fizikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberikan pengawasan atau arahan mengenai penggunaan peralatan oleh orang
yang bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.
•
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan yang mereka tidak bermain dengan peralatan.
• Lecuran boleh berlaku jika permukaan peralatan yang panas, air panas, wap atau makanan
panas disentuh.
•
Jangan cuba untuk mengendalikan peralatan apabila mangkuknya kosong atau tanpa mangkuk.
• Fungsi/tombol memasak perlu dibiarkan beroperasi sendiri. Jangan halang atau ganggu
fungsinya daripada bertukar secara automatik kepada fungsi kekal hangat.
• Jangan alihkan mangkuk semasa peralatan sedang digunakan.
• Jangan sentuh tutup bahagian dalam dan luar sesudah selesai memasak. Kerana ia akan
mengeluarkan suhu yang panas sepanjang fungsi memasak.
• Jangan alihkan produk ketika tutup masih terbuka.
• Jangan letakkan peralatan secara terus di atas permukaan yang panas, atau apa-apa sumber
haba atau api yang lain, kerana ia akan menyebabkan kegagalan fungsi atau bahaya.
•
Mangkuk dan plat pemanas hendaklah bersentuhan secara terus. Sebarang objek atau makanan
yang dimasukkan di antara kedua-dua bahagian ini akan dikendalikan dengan betul.
• Jangan masukkan apa-apa makanan atau air ke dalam peralatan sehingga mangkuk diletakkan
di kedudukan yang betul.
• Patuhi tahap yang ditunjukkan dalam resipi.
• Semasa memasak, peralatan akan mengeluarkan haba dan wap. Jauhkan wajah dan tangan anda.
Jangan dekatkan wajah dan tangan dengan saluran keluar wap. Jangan halang saluran keluar wap.
• Jangan rendam badan peralatan dalam air ataupun mencurahkan air ke dalamnya. Air hanya
boleh dimasukkan ke dalam mangkuk.
• Jika mana-mana bahagian peralatan anda terbakar, jangan padamkannya dengan air. Untuk
memadamkan api, gunakan tuala kecil yang basah.
• Sebarang penukaran peralatan ganti hanya harus dilakukan oleh pusat servis dengan
menggunakan peralatan ganti yang asli.
• Jika peralatan anda dilengkapi dengan kord kuasa yang boleh ditanggalkan: jika kord
kuasa rosak, ia mesti digantikan dengan kord khas atau unit yang boleh didapati dari pusat
servis Tefal yang bertauliah.
• Jika peralatan anda dilengkapi dengan kord kuasa yang kekal: jika kord bekalan kuasa
rosak, ia mesti digantikan oleh pusat servis Tefal yang bertauliah atau orang yang berkelayakan
untuk mengelakkan sebarang bahaya.
Melindungi alam sekitar
• Peralatan anda telah direka untuk tahan selama beberapa tahun. Walau bagaimanapun,
apabila anda membuat keputusan untuk menukarnya, fikirkan bagaimana anda boleh
menyumbang kepada perlindungan alam sekitar.
• Sebelum membuang peralatan anda, anda harus mengeluarkan bateri daripada penentu masa
dan lupuskannya di pusat pengumpulan sampah sivik tempatan (mengikut model).
Perlindungan alam sekitar terlebih dulu!
i Peralatan anda mengandungi bahan berharga yang boleh didapati semuka atau dikitar
semula.
Tinggalkannya di tempat pengumpulan sampah sivik tempatan.