16
Bahasa Malaysia
• Untuk memudahkan penggunaan
semula, semua bahagian plastik telah
ditandakan dengan kod.
• Bungkusan kadbod dibuat oleh bahan guna
semula, dan sesuai untuk penggunaan semula.
Penting
• Sebelum menggunakanya buat pertama
kali, sila periksa jika beg habuk
diletakkan di tempat yang betul.
• Jangan sekali-kali menyedut air (atau
sebarang cecair).
Jangan menyedut abu jika masih panas.
• Apabila menyedut habuk halus, liang-
liang udara pada beg habuk akan
tersumbat. Ini akan menyekat pengaliran
udara. Akibatnya beg habuk perlu di
ganti walaupun ianya belum penuh.
• Elakkan dari kerosakkan. Jangan
gunakan penyedut hampagas tanpa
penapis perlindungan motor.
• Hanya gunakan beg habuk kertas dwi
permukaan sahaja, jenis Philips HR6999
Sydney.
• Jika wayar utama alatan ini rosak, ianya
hanya boleh diganti oleh Philips atau
wakil servisnya, kerana alatan khas
dan/atau alat ganti di perlukan.
f
Cara penggunaan
• Sambungkan hos, tolak masuk dan pusingkan
mengikut arah jam (rajah 1).
• Untuk mencabutkanya, pusing arah lawan jam.
(rajah 2).
• Pasangkan tiub kepada pemegang. (rajah 3).
• Laraskan muncung gabungan untuk
permaidani (rajah 4) atau lantai (rajah 5).
• Hidupkan suis. (rajah 6).
• Laraskan kuasa penyedut. (rajah 6 & 7).
Kuasa penyedut kurang?
Sila periksa:
- Adakah beg habuk penuh.
- Adakah muncung, tiub atau hos tersumbat.
Untuk menghilangkan penyumbatan, biar
udara mengalir dari arah bertentangan melalui
hos dan/atau tiub.
Penyimpanan
- Tarik bahagian bawah tiub kepada penyedut
hampagas. (rajah 9 & 10).
Menggantikan beg habuk
- Buka penutp (rajah 11).
- Tolak pemegang beg habuk ke belakang
(rajah 12).
- Keluarkan beg habuk dengan menarik teg
kadbod(rajah 13).
- Masukkan plet depan kadbod pada beg habuk
ke dalam dua alur pada pemegang beg habuk
sejauh yang mungkin (rajah 14).
- Tolak pemegang beg habuk kedepan (“Klik!”).
(rajah 15).
• Sila ambil perhatian bahawa penutup tidak
boleh ditutup jika tiada beg habuk .
Beg habuk
• Beg habuk (1 set 6 keping) jenis HR6999
Sydney (no. servis 4822 480 10113) boleh
didapati dari pengedar anda. Sila rujuk kepada
nombor model atau nombor servis.
• Penapis perlindungan motor baru dan penapis
AFS Mikro disediakan percuma dengan setiap
set beg habuk.
Menggantikan penapis perlindungan motor
Gantikan penapis perlindungan motor apabila
menggantikan beg habuk yang pertama di dalam
set.
- Letakkan penapis supaya bahagian putihnya
mengahadap ke atas. (rajah 16 & 17).
Menggantikan penapis AFS-Mikro
- Letakkan bahagian bawah penapis di belakang
rabung pemegang. (rajah 19).
- Apabila menutup pemegang, pastikan penapis
betul-betul muat. (rajah 20).