32
Pembersihan
Mencuci alat ini, bahagian-bahagian dan
aksesorinya adalah sangat mudah sebaik sahaja
selepas ia digunakan.
Jangan sekali-kali mencuci aksesori atau bahagian
bahagian alat ini di dalam mesih basuh pinggan
mangkuk.
Bersihkan unit motor dengan menggunakan kain
yang lembap.
Jangan gunakan bahan yang kesat, alkohol, dsb.
1 Tarik keluar plag alat ini, tanggalkan
aksesori dan bahagian-bahagian yang telah
anda gunakan dan cucikan mereka dalam
air bersabun yang suam.
2 Kemudian bilaskan mereka di bawah paip
untuk mengeluarkan sisa-sisa sabun.
Mencuci balang pengisar dengan cepat.
1 Tuangkan air yang suam dan sedikit cecair
pembasuh ke dalam balang pengisar,
sehingga tanda tahap 'Quick Clean' (500
ml) pada balang. Jangan melebihi tahap ini
apabila menggunakan fungsi 'Quick Clean'.
2 Tutupkan tudung. Masukkan penyumbat ke
dalam tudung.
BAHASA MELAYU