27
digunakan!) atau keluarkan sebahagian
daripada kandungan balang dan proses dalam
jumlah yang kecil.
◗ Untuk menghancurkan ketulan ais, masukkan
maksimum 5 ketul sekali melalui lubang pada
tudung ke mata pisau yang berputar.
◗ Untuk membuat jus tomato, keratkan tomato
kepada empat bahagian dan masukkan mereka
melalui lubang pada tudung ke mata pisau yang
berputar.
Jangan masukkan jari anda atau sesuatu objek
(contohnya sudip) semasa pengisar sedang
digunakan.
◗ Jika anda memproses ramuan pepejal dan
cecair pada masa yang sama, tuangkan ramuan
cecair ke dalam balang sebelum menghidupkan
alat ini. Campurkan ramuan pepejal semasa
alat ini sedang digunakan.
Penapis (hanya jenis HR1797)
◗ Anda boleh menggunakan aksesori penapis
untuk mendapatkan sos, jus buah-buahan
segar atau koktel yang lebih halus kisarannya.
Semua biji buah-buahan dan kulit akan
tersangkut di penapis.
C
1 Pastikan alat ini tidak diplagkan.Tanggalkan
balang pengisar daripada alat ini dan
letakkan penapis pada balang pengisar.
BAHASA MELAYU