39
Dwikad dua tunggu sedia laluan
tunggal
Peranti anda hanya menyokong dwikad dua tunggu sedia laluan
tunggal yang bermakna anda tidak boleh menggunakan kedua-
dua kad SIM untuk membuat panggilan atau perkhidmatan data
secara serentak.
•
Semasa anda dalam panggilan menggunakan kad SIM 1,
kad SIM 2 tidak boleh digunakan untuk membuat atau
menerima panggilan. Jika seseorang menghubungi kad
SIM 2, pemanggil akan mendengar mesej suara yang
serupa dengan "Orang yang anda panggil berada di luar
kawasan liputan" atau "Nombor yang anda dail tidak dapat
dihubungi pada masa ini, sila cuba sebentar lagi". Mesej
sebenar mungkin berbeza mengikut pembekal
perkhidmatan.
•
Semasa anda menggunakan perkhidmatan data kad SIM 1,
perkhidmatan data kad SIM 2 akan dinyahdayakan.
Ciri laluan tunggal peranti anda membantu mengurangkan
penggunaan kuasa dan meningkatkan masa tunggu sedia
peranti anda. Hal ini tidak berkaitan dengan keadaan rangkaian
pembekal perkhidmatan anda.
Anda disyorkan supaya menghubungi pembekal perkhidmatan
anda dan melanggan peringatan panggilan tidak dijawab dan
perkhidmatan bantuan yang berkaitan untuk mengelakkan
konflik seperti yang disebut di atas.