• Jangan tarik kord bekalan kuasa untuk menanggalkan peralatan.
• Hanya gunakan sambungan selepas memeriksa bahawa ia dalam keadaan
sempurna.
• Peralatan domestik mestilah tidak digunakan jika:
- ia terjatuh ke atas lantai
- ia rosak atau tidak lengkap.
• Dalam perkara sedemikian, atau untuk apa-apa pembaikian lain, anda
mesti menghubungi pusat servis yang diluluskan.
•
Produk ini telah direka untuk kegunaan domestik saja. Pengilang tidak akan
bertanggungjawab dan jaminan tidak akan terpakai, untuk apa-apa
penggunaan komersil, penggunaan tidak sesuai atau gagal mematuhi arahan.
• Peralatan ini bukan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak)
yang kurang keupayaan fizikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman
dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberikan pengawasan atau
arahan mengenai penggunaan peralatan oleh orang yang
bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.
• Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain
dengan peralatan.
• Gunakan aksesori dan komponen tulen sahaja. Kami tidak akan
dipertanggungjawab jika ini bukan kesnya.
• Jangan masukkan jari anda atau apa-apa objek lain ke dalam tiub pengisi
(B) semasa peralatan berjalan. Sentiasa gunakan penolak (A) yang diberi
untuk tujuan ini.
•
Jangan sekali-kali buka penutup (C) sebelum penapis (D) telah berhenti
sepenuhnya.
• Jangan tanggalkan pengumpul pulpa (G) semasa peralatan sedang
digunakan.
• Sentiasa tanggal palam peralatan daripada bekalan utama selepas
penggunaan.
SISTEM KESELAMATAN
Peralatan ini dipasang dengan mekanisme keselamatan. Untuk memulakan
mesin jus, penutup (C) mestilah diketatkan dengan betul oleh pengapit
keselamatan (H). Membuka pengapit keselamatan (H) akan memberhentikan
mesin jus. Pada akhir kitaran, letakkan suis kawalan (I) ke 0 dan tunggu sehingga
penapis (D) berhenti sepenuhnya sebelum menanggalkan penutup.
SEBELUM PENGGUNAAN
• Kami cadangkan anda basuhkan bahagian yang boleh ditanggalkan
(A, B, C, D, E, G, L, M, N) dalam air suam bersabun (lihat perenggan
”Pembersihan”). Cuci dan keringkan dengan berhati-hati.
• Buka bungkusan peralatan dan letakkannya di atas permukaan yang kukuh,
stabil.
• Pastikan semua pembungkusan telah ditanggalkan sebelum memulakan
peralatan.
7