◗ Apabila anda selesai menyeterika, apabila anda membersihkan
perkakas, apabila anda mengisi atau mengosongkan tangki air dan
juga apabila anda meninggalkan seterika tanpa dijaga biarpun
sebentar: tetapkan kawalan stim pada kedudukan O, berdirikan
seterika pada tumitnya dan cabutkan palam sesalur dari soket
dinding.
◗ Sentiasa tempatkan dan gunakan seterika dan tempat letaknya, jika
disediakan, pada permukaan yang stabil, rata dan mendatar.
◗ Jangan masukkan minyak wangi, cuka, kanji, agen penanggal kerak,
bahan bantu penyeterikaan atau bahan kimia lain ke dalam tangki
air.
◗ Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan di rumah sahaja.
Sebelum penggunaan pertama
1 Tanggalkan apa-apa pelekat atau kerajang pelindung dari plat
tapak.Tanggalkan juga penutup penyimpanan, jika disediakan.
2 Biarkan seterika memanas sehingga suhu maksimum dan lalukan
seterika di atas kain yang lembap selama beberapa minit untuk
menanggalkan apa-apa sisa dari plat tapak.
Seterika mungkin mengeluarkan sedikit asap semasa anda
menggunakannya pada kali pertama. Ini akan berhenti selepas beberapa
ketika.
Bersedia untuk menggunakannya
Mengisi tangki air.
1 Tanggalkan palam utama dari soket dinding.
C
2 Tetapkan kawalan stim pada kedudukan O (=tanpa stim).
C
3 Condongkan seterika dan isikan tangki air sehingga paras
maksimum.
Jangan isikan tangki air melepasi tanda MAKSIMUM.
Jika air paip di kawasan anda sangat liat, kami nasihatkan anda supaya
menggunakan air suling.
BAHASA MELAYU16