Perihalan umum
A Muncung sembur
B Bukaan isian
C Butang pancutan stim 9
D Butang sembur T
E Kawalan stim
O= tiada stim
q = stim minimum
w = stim maksimum
1 = fungsi Pembersihan Kerak
F Fungsi stim ekstra
G Lampu pematian automatik (GC2030 sahaja)
H Cakera suhu
I Lampu suhu
J Kord sesalur
K Plat jenis
L Tapak plat
M Tangki air
Penting
Baca arahan penggunaan ini dengan teliti sebelum menggunakan
perkakas dan simpan untuk rujukan di masa depan.
◗ Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada plat jenis sepadan
dengan voltan sesalur kuasa tempatan sebelum anda
menyambungkan perkakas.
◗ Jika perkakas disediakan dengan plag yang dibumikan, ia mesti
dipasangkan ke dalam soket dinding yang dibumikan.
◗ Jangan gunakan perkakas jika plag, kord atau perkakasnya sendiri
menunjukkan kerosakan yang nyata, atau jika perkakas telah
terjatuh atau bocor.
◗ Periksa kord dengan kerap untuk mencari apa-apa kerosakan.
◗ Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat
servis yang dibenarkan oleh Philips atau pihak-pihak yang telah
diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
◗ Jangan sekali-kali biarkan seterika tanpa diawasi pada bila-bila masa
ia tersambung dengan punca kuasa.
◗ Jangan sekali-kali menenggelamkan seterika dan diriannya, di dalam
air.
◗ Jauhkan perkakas daripada jangkauan kanak-kanak
◗ Anak-anak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan perkakas itu.
◗ Perkakas ini tidak boleh digunakan oleh anak-anak kecil atau orang
yang uzur tanpa pengawasan.
◗ Bahagian plat tapak seterika boleh menjadi amat panas dan
mungkin menyebabkan kelecuran jika tersentuh.
◗ Jangan biarkan kord tersentuh plat tapak semasa seterika masih
panas.
BAHASA MELAYU 15