MMeennddaappaattkkaann hhaassiill tteerrbbaaiikk
k
Permaidani: Gunakan muncung pembersih lantai dengan
penyungkit berkedudukan begini
1030.
J
Lantai keras: Gunakan muncung pembersih lantai
dengan penyungkit berkedudukan begini
1030.
Untuk mengelak mesin tersumbat dan kekalkan
kecekapan menyedut, muncung pembersih lantai harus
sentiasa dicuci dengan menggunakan tangkai hos.
p
Hamparan/langsir/kain ringan: Kurangkan kuasa
sedutan. Gunakan muncung pembersih lantai bagi
hamparan dan gunakan muncung pembersih alas
perabot bagi langsir, kusyen dll.
r
Lingkungan terhad: Gunakan muncung pembersih
celah, bagi celah-celah, sudut dan alat pendingin hawa.
Penanda kantung abuk dan mengganti kantung abuk
Untuk pelaksanaan terbaik, kantung abuk mesti diganti
setelah ia penuh.
1010/1020 Periksa kantung abuk
kerap kali dan gantikannya bila perlu.
1030 penanda
kantung abuk akan beransur-ansur kemerahan apabila
diisi dan menjadi merah penuh apabila ia padat. Jika
kantung abuk terpecah di dalam mesin pembersih,
bawalah mesin anda ke Pusat Servis Electrolux untuk
dibersihkan.
Untuk memeriksa kantung bag, mesin pembersih ini
mesti dipasang, dengan semua sambungannya
terhubung dan tidak terletak di atas lantai.
Penanda penuh kantung abuk mungkin akan
menunjukkan bahawa kantung tersumbat (kadang-
kadang disebabkan oleh abuk-abuk halus dan ini akan
menyebabkan kehilangan kuasa sedutan dan akan
menyebebkan mesin menjadi terlalu panas. Jika ini
terjadi, gantikan kantung abuk walaupun ia tidak penuh.
Untuk mengganti kantung abuk:
A Lepaskan kancing dan tanggalkan tudung. Sebelum
menanggalkan kantung abuk, bengkokkan tab ke
dalam lubang untuk mencegah abuk daripada
berterbangan.
B Tanggalkan kantung abuk.
C Masukkan kantung abuk baru dengan melekatkan slot
kantung ke atas pemegang. Tutup tudung.
Kami syorkan agar kantung abuk diganti:
*
setelah mengguna serbuk pencuci permaidani
*
jika terdapat bau busuk dari mesin pembersih, di
mana anda harus juga mengganti penyaring
Sila ambil perhatian: Hanya gunakan kantung abuk
dan penyaring-penyaring yang tulen sahaja.
5 kantung abuk dan 1 penyaring Micro (Rujuk E51).
Kaedah keselamatan kantung abuk
Untuk mengelak kerosakan pada mesin pembersih,
jangan gunakannya tanpa kantung abuk. Sebuah kaedah
keselamatan dilengkapkan untuk mencegah tudung dari
tertutup tanpa kantung abuk. Jangan cuba mengejapkan
tudung secara paksa.
Mengganti/Membersih penyaring
Ada dua penyaring di dalam mesin pembersih anda.
Jangan gunakan mesin tanpa penyaring di tempatnya.
Untuk mencuci penyaring Pelindung Motor:
Penyaring Pelindung Motor harus dibersihkan apabila
kotor.
D)
Lepaskan kancing, tanggalkan tudung dan penyaring.
E) Basuh penyaring dengan air suam.
F) Biarkan ia kering dan masukkan semula penyaring
bersih. Tutup tudung.
Untuk menukar penyaring Mikro:
Penyaring Micro harus digantikan setiap kantung abuk
kelima.
G) Lepaskan kancig, buka tudung penyaring dan
tanggalkan penyaring.
H) Masukkan penyaring baru dan tutup.
Mencari punca kesulitan
1. Tenaga: Jika tenaga elektrik tidak bernyala, putuskan
dari kawat besar dan periksa plug, kabel dan fuis yang
sewajarnya.
2. Mesin tersumbat/penyaring kotor: Mesin pembersih
mugkin akan terpadam dengan sendiri jika ianya
tersembuat teruk atau penyaring terlalu kotor. Dalam hal
yang demikian, putuskan dari kawat besar dan biarkan ia
sejuk buat 20-30 minit. Buangkan sampah tersumbat
dan/atau gantikan penyaring dan mulakannya semula.
Tugas-tugas membuang sampah tersumbat di dalam hos
tidak termasuk dalam jaminan
.
3. Air: Jika air tersedut masuk ke dalam mesin pembersih,
motor mesin mesti diganti di Pusat Servis Electrolux.
Sila juga rujuk maklumat tambahan Electrolux di
bahagian belakang buku ini.
58
For healthier homes